
BANGKOK – Polis menyatakan bahawa seramai 86 pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditahan di selatan Thailand kerana memasuki negara ini secara haram, melarikan diri dari sebuah pusat tahanan imigresen yang sesak.
Jurucakap polis, Kolonel Kan Thammakasem berkata, mereka menggunakan senjata tajam untuk memotong pagar pusat tahanan dan menggunakan pakaian sebagai tali untuk meloloskan diri.
Kejadian berlaku di kompleks imigresen daerah Sadao, dalam wilayah Songkhla pagi semalam.
Thammakasem berkata, polis sedang memburu kumpulan lelaki itu di hutan berhampiran.
Lebih 1,700 pelarian Myanmar yang kebanyakan daripada etnik Rohingya ditahan di beberapa pusat tahanan di Thailand selepas mereka tiba dengan bot pada awal tahun ini.
Beratus-ratus pelarian Rohingya mengadakan protes pada Julai lalu di Songkhla ekoran keadaan pusat tahanan yang sesak.
Sekitar 30 orang daripada mereka melarikan diri dari sebuah lokap polis pada awal Ogos lalu. – AP
0 komentar:
Posting Komentar