Minggu, 16 Maret 2014

Maghribi Dapat Kerajaan Islam Baru

0 komentar

RABAT – Selepas perundingan selama berbulan-bulan, parti Islam yang memerintah Maghribi akhirnya menubuhkan kerajaan baru sekali gus menamatkan krisis rakan sekutu utama mereka belot tetapi kini berdepan masalah ekonomi.

Perdana Menteri, Abdelila Benkirane berkata, Parti Keadilan dan Pembanguanan (PJD) yang memenangi pilihan raya pada 2011 akan mula meneruskan agenda pembangunan. – AFP
Read more ►

Jumat, 14 Februari 2014

Tahniah Kerajaan PAS Kelantan bagi penggal ke 5 Kelantan Terus Membangun Bersama ISLAM

0 komentar
TAHNIAH 
DATO BENTARA SETIA TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 
Mantan MB yang berjaya terajui Kelantan selama 23 tahun 


TOK GURU ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ADUN 


MB KELANTAN 2013


PANGLIMA PAS DALAM DEWAN 

Read more ►

Kamis, 26 Desember 2013

VIDEO Reaksi Warga NY Lihat Orang Islam Solat

0 komentar

Tiga anak muda muslim yang tinggal di kota New York – Adam Saleh, Sheikh Akbar dan Abdullah Ghuman yang menggelarkan diri mereka Team ASA gemar memuatnaik video berunsur islamik dan dapat memberikan pengajaran selain menghiburkan penonton di laman Youtube.

Kebanyakan hasil kerja mereka mendapat tontonan tinggi, antaranya lebih 1.8 juta dalam masa seminggu menerusi video ‘Praying In Public’.

Dalam video ini, mereka merakam reaksi orang ramai apabila melihat mereka melakukan solat sunat 2 rakaat di tempat-tempat awam sekitar New York. Menurut Team ASA, mereka mahu membuktikan bahawa orang Islam cintakan perdamaian dan ia dapat dilihat daripada cara ibadah dikerjakan.

Dalam video berdurasi 4:45 minit ini, nyata pelbagai respon dapat dilihat namun kebanyakannya menghormati apa yang dilakukan Team ASA.

Begitu pun, terdapat juga seorang lelaki menunjukkan reaksi kurang senang namun sikapnya itu ditegur seorang wanita supaya menghormati orang lain.

Rata-rata orang nampaknya pelik. Ada yang bertanya apa sedang dilakukan, tidak kurang juga cuma melihat dengan pandangan hairan.

Turut dirakam, aksi dua remaja yang jelas tidak tahu apa sedang dilakukan namun turut mengikut gerakan solat kerana menyangka ia aktiviti yoga.

Namun paling mengesankan, apabila seorang wanita yang terlalu gembira melihat Team ASA bersolat menangis sambil berkongsi kegembiraan hatinya kerana dipilih Allah Taala untuk menyedari kebenaran agama Islam. – REM RAMZI

Read more ►
 

Copyright © spent my time Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger