Selasa, 04 Maret 2014

Negeri Pakatan sebulat suara guna ‘Sebangsa Senegara Sejiwa’

0 komentar

KUALA LUMPUR 8 Ogos: Kesemua empat negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggunakan tema yang sama iaitu ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sepakat menggunakan tema tersebut secara bersama dan tidak lagi menggunakan tema pilihan bagi negeri masing-masing sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.

Menurut beliau, keputusan Pakatan menggunakan tema tersebut kerana menentang tema ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.
Sebelum ini, Pakatan mendesak Kerajaan Persekutuan menukar tema berkenaan kerana dijadikan kempen Umno BN

Mustafa berkata, pemilihan tema oleh Pakatan lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi berkata, Kerajaan Selangor memutuskan untuk menggunakan tema rasmi Pakatan Rakyat itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

Read more ►

Jumat, 28 Februari 2014

Pakatan yakin menang 23 kerusi DUN Negeri Sembilan – AMK

0 komentar

Sidiqin Omar
REMBAU 18 MAC: Pakatan Rakyat yakin dapat menawan Negeri Sembilan berdasarkan kaji selidik dan maklumat akar umbi, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, kata Nazree Yunus.

Beliau berkata, ia tinjauan gerak kerja Pakatan berpandu maklumat dari pemandu teksi, peniaga dan semakan laporan pegawai awam.
“Kita ada berita gembira. Pakatan dijangka menang 23 kerusi. PAS dan KEADILAN tambah kerusi manakala DAP menang semua 11 kerusi yang disandang sekarang,” katanya.
negeri-sembilan-votingBeliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Pedas Tengah, Rembau 16 Mac lalu.
Negeri Sembilan ada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan hanya memerlukan empat kerusi lagi untuk menawan negeri berkenaan.

Selain itu, Nazree berkata, hutang terkumpul RM1.4 bilion kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat menjadi bukti kegagalan pentadbiran Umno BN yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Tokoh korporat jadi Menteri Besar jaga Negeri Sembilan. Tapi apa jadi apabila diperintah Umno BN?” katanya.
Justeru, Nazree meminta rakyat negeri itu membandingkan pencapaian kerajaan Selangor yang memiliki rizab simpanan tunai RM2.3 bilion.

Sebelum ini, media kawalan Umno BN pada Jun 2012 melaporkan Adun BN Chembong, Mohamad Rais Zainuddin mencadangkan supaya Mohamad Hasan digugur sebagai calon PRU 13.
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook pula pernah menggesa pejabat Peguam Negara menyiasat dakwaan Mohamad Hassan menyalur RM10 juta ke United Kingdom melalui perkhidmatan pengurup wang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p
Read more ►
 

Copyright © spent my time Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger