Senin, 24 Februari 2014

Ahli Parlimen Sabak Bernam Tak Jadi Ke Penjara

0 komentar

Okt 2012

Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan pelaksanaan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya,  Rosli Busro yang disabitkan atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Pada mulanya, mahkamah menolak rayuan mereka dan Hakim Datuk Akhtar Tahir memerintahkan hukuman tersebut dijalankan mulai hari ini DISINI.

Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang ini.

Bagaimanapun, jumlah ikatjamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000.

Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000.MK
Read more ►

Minggu, 22 Desember 2013

Suhakam mahu jadi pemerhati bebas PRU

0 komentar
sinarharian
30 Januari 2013
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menjadi pemerhati bebas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan bukan sebagai pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  
Naib Presiden Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata demikian ketika ditanya media sama ada Suhakam akan bekerjasama dengan SPR bagi memastikan sebuah pilihan raya yang bebas dan adil dengan mengambil peranan sebagai pemerhati rasmi.
  
Setakat ini SPR tidak membuat sebarang pelawaan kepada Suhakam ataupun Suhakam menyatakan minat untuk berbuat demikian.
 
"Mereka mengambil tindakan yang betul dengan tidak mempelawa kami," kata Khaw kepada media semasa Perundingan Semakan Berkala Sejagat (UPR) Kedua mengenai Hak Asasi Manusia Malaysia di sini hari ini.
  
Khaw menarik perhatian adalah penting untuk Suhakam memantau sendiri proses pilihan raya, terutamanya dalam isu berkaitan hak asasi manusia.
  
Suhakam harus mengekalkan sikap tidak berat sebelah memandangkan pihak yang terkilan boleh merujuk isu berkaitan hak asasi manusia kepada suruhanjaya itu, terutamanya semasa pilihan raya, katanya.  -
Bernama
Read more ►
 

Copyright © spent my time Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger