Rabu, 05 Maret 2014

Bapa tak mengaku salah rogol anak

0 komentar
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan merogol anak kandungnya.

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada lapan anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas empat tuduhan merogol anak kandungnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 43 tahun dan bekerja sendiri itu mengaku tidak bersalah selepas keempat- empat pertuduhan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Menurut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang ketika itu berusia 12 tahun di dalam ladang getah Kampung Padang Tapong, Jertih, Besut, kira-kira jam 10 hingga 11 malam, pada Ogos 2007.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap anaknya yang ketika itu berusia 16 tahun di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin Kampung Padang Tapong, Jertih, Besut, kira-kira jam 7.30 pagi, Mei 2011.

Selain itu, tertuduh didakwa turut melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sama ketika anaknya berusia 17 dan 18 tahun di kawasan hutan, Kampung Padang Tapong, Jertih dan kawasan ladang sawit di Kampung Padang Tapong, Jertih, Besut.

Dia didakwa melakukan dua kesalahan itu kira-kira jam 10 pagi pada Mac 2012 dan jam 12 tengah hari pada 21 Ogos lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamad Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Wan Fadhilah Nor menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam – Sinar Harian
Read more ►

Senin, 24 Februari 2014

Ahli Parlimen Sabak Bernam Tak Jadi Ke Penjara

0 komentar

Okt 2012

Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan pelaksanaan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya,  Rosli Busro yang disabitkan atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Pada mulanya, mahkamah menolak rayuan mereka dan Hakim Datuk Akhtar Tahir memerintahkan hukuman tersebut dijalankan mulai hari ini DISINI.

Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang ini.

Bagaimanapun, jumlah ikatjamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000.

Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000.MK
Read more ►

Kamis, 06 Februari 2014

Himpunan Umno tak boleh saingi Bersih 3 0

0 komentar

Malaysiakini

Mohd Sabri Said, 12 Mei 2012
KEPALA BATAS, 12 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berpendapat perhimpunan sempena Ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Bukit Jalil malam tadi tidak boleh menyaingi perhimpunan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 pada 28 April lalu.
 Ini, katanya kerana peserta Bersih 3.0 datang dengan hati yang ikhlas supaya Suruhanjaya  Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertindak adil menguruskan sistem pilihan raya berbanding Umno diangkut secara percuma dengan sedikit habuan.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh sama sekali mengukur kedatangan orang ramai ke sambutan ulang tahun Umno itu sebagai bukti maruahnya telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat jelata,

"Perhimpunan yang datang dari hati yang suci semata-mata inginkan pilihan raya bersih jauh dari perbuatan yang kotor tidak sama dengan ulang tahun Umno ke 66 di mana kedatangan mereka dari kalangan ahli Umno dan penyokong tegar yang diupah serta diangkut dari pelosok negara," jelasnya mengulas ucapan Najib semalam yang  yakin Umno sudah mendapat sokongan dengan manusia membanjiri stadium berkenaan.
Katanya, peserta Bersih 1.0, 2.0 atau pun 3.0 baru-baru ini bukan diundang dengan habuan atau kenderaan percuma tetapi  kedatangan mereka disebabkan mahukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR mempertimbangkan saranan Bersih agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan baik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin Umno sukar dipulihkan kerana kepimpinanya terlalu sinonim  dengan rasuah dan mengabaikan rakyat bawahan yang mengharapkan simpati.
Keadaan bertambah parah kata Mahfuz, apabila pasukan polis bertindak kejam terhadap peserta Bersih 3.0  sekaligus mencalarkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap polis.

Justeru itu, ujarnya Najib terpaksa menggunakan bekas perdana menteri dan dua bekas Ketua Polis Negara sebagai talian hayat menjelang pilihan raya umum ke 13 apabila di samping menubuhkan panel penasihat bebas.

"Gunalah siapa pun rakyat kini sudah bijak menilai, ukan macam rakyat 1970-an, 1980-an atau 1990-an yang rela angguk setiap kali pilihan raya," ujarnya.
template joomla
Read more ►

Senin, 16 Desember 2013

BR1M tak perlu naik RM1 000

0 komentar
Ahmad

KOTA BHARU - Peningkatan jumlah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,000 setiap orang dapat membantu mengurangkan beban ditanggung rakyat terutama apabila kadar harga petrol dan diesel kini dinaikkan.

Presiden Persatuan Pelindung Pengguna (Kelantan), Ahmad Othman berkata, langkah itu penting bagi memastikan golongan bawahan dapat mengimbangkan kitaran ekonomi mereka mengikut perkembangan semasa.

“Malaysia mempunyai 40 peratus golongan berkemampuan dan mungkin kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen tidak langsung menjejaskan ekonomi mereka, namun selebihnya 60 peratus lagi adalah golongan berpendapatan rendah, kurang berkemampuan dan juga miskin tegar.

“Bagi yang miskin tegar, mungkin mereka tidak menggunakan kenderaan, maka kenaikan harga minyak tidak menggugat ekonomi mereka kecuali harga barang juga turut dinaikkan, apa yang menjadi kebimbangan adalah kepada golongan pertengahan ini, mereka menggunakan kenderaan sebagai salah satu medium terpenting setiap hari, sama ada untuk bekerja mahupun urusan persendirian.

"Maka jika minyak dinaikkan, kita kena fikir juga dengan golongan tersebut, adakah ekonomi mereka akan seimbang, walaupun hanya melibatkan 20 sen sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam, ketika diminta mengulas isu kesan kenaikan harga minyak petrol dan diesel kepada pengguna, berkuat kuasa Isnin lalu sebanyak 20 sen seliter.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil kira taraf ekonomi golongan bawahan, yang mana hampir 30 peratus daripada mereka pemaju utama perkembangan ekonomi semasa Malaysia.

Beliau berkata, jika BR1M dapat membantu meringankan beban golongan tersebut, kemungkinan besar kenaikan harga minyak tidak menjadi satu isu atau bebanan buat sesetengah masyarakat.

“Mungkin kita boleh beri BR1M sebanyak dua kali setahun, RM500 pada awal tahun dan RM500 pada hujung tahun, ia sangat membantu, bukan sahaja untuk keperluan menyara hidup tetapi ada segelintir masyarakat yang menggunakannya bagi tujuan kemasukan anak ke sekolah dan sebagainya.

“Walaupun kesan kenaikan minyak masih belum dirasai, namun saya akui menerima banyak rungutan daripadanya, apa yang kita boleh lakukan selain memberi kemudahan lain seperti BR1M dan mungkin kenaikan elaun kenderaan bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut, apa yang penting, ia tidak menjejaskan kestabilan ekonomi golongan pertengahan yang ada di negara kita.

“Walaupun mungkin peratusannya rendah, tetapi ia tetap memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat dan maju selepas ini, kita kena ambil kira semua pihak dan golongan, apa yang penting, kita dapat bantu dari segi lain pula,” katanya.
Read more ►

Minggu, 01 Desember 2013

Christy Jusung Tak Tahu Hengky Kurniawan Suka Pijat Plus

0 komentar
Christy Jusung Tak Tahu Hengky Kurniawan Suka Pijat PlusLihat Foto
Christy Jusung Tak Tahu Hengky Kurniawan Suka Pijat Plus

Mantan istri Hengky Kurniawan, Christy Jusung tidak mau berkomentar banyak tentang berita mantan suaminya yang suka mendapatkan pelayanan pijat plus-plus. Apalagi statusnya sekarang ini sudah orang lain, bukan lagi suaminya.
"Aku sih nggak bisa komentar apa-apa ya. Aku juga nggak tahu. Orang sudah cerai juga. Ngapain ngurusin dia?" kata Christy Jusungdi kawasan Daan Mogot, Jakarta Barat, Kamis (4/4).
Hengky sempat diberitakan mendapatkan pelayanan pijat plus-plus, meski kemudian dibantah langsung oleh yang bersangkutan.Christy sendiri hanya menyayangkan jika memang hal itu terjadi.
"Ya, aku sih biasa saja. Cuma sayang saja, kok begitu? Senyum saja deh lihat beritanya," lanjutnya.
Saat menjadi istri Hengky, Christy tidak pernah tahu kalau suka pijat. Sebab selama ini di depan mata Christy, Hengky sebagai suami yang baik. Dia juga tidak pernah cerita, apalagi sekarang sudah orang lain, dirinya tak mau tahu lagi.
"Nggak tahu juga ya. Kalau di belakangku, aku juga nggak tahu. Sampai sekarang juga nggak mau tahu. Buat apa juga tahu begituan? Coba sekarang kalau mas senang mijit, apa iya cerita sama istri? Ha...ha...ha..," pungkas calon istri Jay Alatas itu.
Read more ►
 

Copyright © spent my time Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger