Selasa, 31 Desember 2013

Anwar Sekali Lagi MENGKRITIK MB Selangor Secara Terbuka

0 komentar

DATUK Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan yang diberikan.

Ketua Umum PKR itu berkata, Abdul Khalid seorang pendengar yang baik tetapi tidak mengamalkan apa yang disarankannya.

“Dia adalah seorang sahabat yang paling setia mendengar berbanding pemimpin PKR yang lain. Tan Sri Khalid seorang yang paling patuh mendengar cuma paling lambat laksanakannya kadang-kadang.

“Saya tegur seorang pemimpin dengan perkara yang baik. Saya tegur supaya dia dapat baiki skru longgar sebelum ini,” katanya dalam ucapan penutup Kongres Nasional Khas PKR 2013 di Shah Alam hari ini.

Semasa kongres itu, semua perwakilan sebulat suara bersetuju dengan pindaan baru perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada minggu hadapan.

Meskipun sindiran itu ditujukan secara terus kepada Abdul Khalid yang duduk berhampiran dengan Anwar, ahli parlimen Permatang Pauh itu tetap memuji pentadbirannya di Selangor yang dilihat dapat mengurangkan pembaziran berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

Anwar berkata rekod pentadbiran Abdul Khalid lebih baik berbanding menteri besar di negeri lain dan menteri besar sebelumnya di Selangor.

“Bila kita tegur, kita lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor dari segi kepimpinan, kewangan, agihan dan pembaziran jauh lebih terkawal yang bukan sedikit. Saudara boleh teliti akaun pengurusan ekonomi zaman Umno-BN dan zaman Pakatan Rakyat, perbezaannya terlalu jauh.

“Saya yakin dia tak curi wang, tak ambil balak, tak ambil tanah dan tak khianati amanah. Itu paling besar,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang hadir.

Dalam kongres yang dihadiri seramai 885 perwakilan itu turut sebulat suara menolak cadangan Angkatan Muda Keadilan bagi membenarkan pemimpin mereka di peringkat kebangsaan, negeri dan cabang terdiri daripada mereka yang berusia melebihi 35 tahun.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata usul itu wajar ditolak bagi memastikan parti itu tidak menjunjung konsep politik Umno yang disifatkannya mahu menongkat langit selama-lamanya.

Menjawab cadangan yang diusulkan oleh pembahas bahawa parti itu perlu lebih trampil dalam pelbagai segi, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail  berkata parti itu melalui pindaan perlembagaannya yang baru telah menetapkan pemimpin tertentu bagi mengepalai beberapa sektor kepimpinan dalam PKR.

“Majlis Pimpinan Parti (MPP) memberi setiap satu pemimpin kanan untuk mengepalai satu bidang dan pencapaian mereka akan disemak secara berkala dalam mesyuarat biro politik dan MPP.

“Saya bertanggungjawab soal organisasi dan MPP. Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bertanggungjawab soal latihan, Azmin soal pilihan raya.

“Ahli Parlimen Selayang soal kewangan dan Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bertanggungjawab dalam aset kepimpinan baru parti,” katanya mengulas cadangan pembahas kongres yang terlibat hari ini. – 24 November, 2013. – The Malaysian Insider
Read more ►

Jumat, 27 Desember 2013

Dapat Kebenaran Beronani Secara Sah Ketika bekerja

0 komentar

Dapat Kebenaran Beronani Secara Sah Ketika bekerja
Dalam satu keputusan yang dikeluarkan mahkamah dan boleh digambarkan sebagai sensitif, seorang hakim Brazil telah memerintahkan seorang akauntan wanita berumur 36 tahun dibenarkan secara sah untuk beronani ketika bekerja dan melihat porno pada komputer kerjanya.
Ana Catarian Bezerra berjaya membuktikan dia menderita penyakit akibat dari ketidakseimbangan kimia dalam tubuhnya yang menyebabkannya gelisah dan hypersexuality.
Situasi kerjayanya mula menjadi lebih teruk dan satu-satunya cara ia dapat melegakan kegelisahannya ialah dengan sering beronani, menurut Guanabee.com.
“Saya menderita dengan begitu teruk sehingga saya terpaksa beronanisehingga 47 kali sehari,” katanya. “Ketika itulah saya meminta bantuan, saya tahu ia tidak normal.”
Selepas menang dalam perjuangannya di mahkamah dan mendapatkan pertolongan profesional, Bezerra secara sah berhak menggabungkan kerjanya dengan keseronokkannya.
Doktor juga telah memberinya satu ubat penenangnya yang berjaya mengurangkan keperluannya untuk beronani kepada kira-kira 18 kali sehari. – Malaysiantabloid
Read more ►

Senin, 02 Desember 2013

Cara Meluruskan Rambut Secara Alami

0 komentar

Jika di benak anda ada pertanyaan “Bagaimana Cara meluruskan rambut keriting secara alami?” Berikut ada beberapa tips Cara Alami Membuat Rambut Keriting Menjadi Lurus Secara Alami, Cepat dan Permanen. 3 Tips Meluruskan Rambut Dengan Alami. akan berbagi informasi tentang Cara Meluruskan Rambut Secara Alami, Cepat dan Permanen. Meluruskan rambut secara alami bagi sebagian orang penting sekali, mungkin dengan rambut lurus seseorang bisa percaya diri. Perawatan rambut penting sekali, rambut adalah mahkota yang setiap saat butuh perhatian khusus. Salah satunya adalah bagaimana agar rambut bisa lurus dan bisa disesuaikan dengan model rambut terbaru yang sedang trend.

keriting menjadi lurus

 

 
Dan inilah Cara Meluruskan Rambut Secara Alami :

1. Daun Seledri

ambilah beberapa daun seledri yang masih segar lalu tumbuk hingga hancur dan beri sedikit air. Setelah itu peras dan ambil sari airnya. Kemudian masukanlah ke dalam botol dan inapkan hingga semalam. Pagi harinya baru dapat dipakai sebagai Cream Bath dengan cara dipijat-pijat hingga merata keseluruh kulit kepala, kemudian bilas dengan air dan keramas dengan shampo yang cocok

2. Santan dan Jus Lemon

Campur satu cangkir santan dengan setengah cangkir jus lemon. Setelah itu, dinginkan campuran di kulkas sehingga berubah menjadi krim kental. Kemudian balurkan campuran pada rambut hingga merata. Pijatlah kulit kepala, lalu bungkus rambut dengan shower cap. Diamkan hingga kering, kira-kira selama satu jam.

3. Susu

Campurkan setengah cangkir susu dengan setengah cangkir air biasa. Masukkan campuran pada botol semprot, lalu semprotkan pada rambut. Diamkan selama 20 hingga 25 menit, lalu sisir rambut sampai halus. Setelah itu, Anda bisa membilas rambut dengan menggunakan shampo dan kondisioner.

Nah, jika kamu melakukan Cara Meluruskan Rambut Secara Alami ini dengan rutin, pasti rambut akan lurus alami. Demikian informasi Mengenai 3 Cara Meluruskan Rambut Secara Alami, Cepat dan Permanen.

sumber : dari berbagai sumber di internet

Read more ►
 

Copyright © spent my time Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger