Selasa, 31 Desember 2013

Suara Menggoda Diana Danielle Di Bilik Tidur

0 komentar
Diana Danielle


Kita selalunya melihat aksi lakonan pelakon wanita, Diana Danielle di kaca televisyen yang terkadang mampu buatkan kita tergoda dengan kecantikan dirinya.
Diana bukan sahaja mempunyai bakat berlakon, tetapi dia juga mampu menggoda peminat-peminatnya dengan suaranya yang lunak dan merdu kerana gadis kacukan itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Suaranya banyak digunakan dalam lagu-lagu tema sesetengah filem.
Sebagai contoh, Diana menggunakan suaranya untuk bernyanyi dalam filem Magika terbitan syarikat produksi KRU Studio.
Ini salah satu video yang penulis temui di laman YouTube.
Video yang dihasilkan oleh Diana sendiri di kamar beradunya.
Sebelum dia ingin beradu, Diana sempat menyanyikan lagu untuk peminat-peminatnya.
Dengarkan suaranya yang menggoda…
Read more ►

Anwar Sekali Lagi MENGKRITIK MB Selangor Secara Terbuka

0 komentar

DATUK Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan yang diberikan.

Ketua Umum PKR itu berkata, Abdul Khalid seorang pendengar yang baik tetapi tidak mengamalkan apa yang disarankannya.

“Dia adalah seorang sahabat yang paling setia mendengar berbanding pemimpin PKR yang lain. Tan Sri Khalid seorang yang paling patuh mendengar cuma paling lambat laksanakannya kadang-kadang.

“Saya tegur seorang pemimpin dengan perkara yang baik. Saya tegur supaya dia dapat baiki skru longgar sebelum ini,” katanya dalam ucapan penutup Kongres Nasional Khas PKR 2013 di Shah Alam hari ini.

Semasa kongres itu, semua perwakilan sebulat suara bersetuju dengan pindaan baru perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada minggu hadapan.

Meskipun sindiran itu ditujukan secara terus kepada Abdul Khalid yang duduk berhampiran dengan Anwar, ahli parlimen Permatang Pauh itu tetap memuji pentadbirannya di Selangor yang dilihat dapat mengurangkan pembaziran berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

Anwar berkata rekod pentadbiran Abdul Khalid lebih baik berbanding menteri besar di negeri lain dan menteri besar sebelumnya di Selangor.

“Bila kita tegur, kita lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor dari segi kepimpinan, kewangan, agihan dan pembaziran jauh lebih terkawal yang bukan sedikit. Saudara boleh teliti akaun pengurusan ekonomi zaman Umno-BN dan zaman Pakatan Rakyat, perbezaannya terlalu jauh.

“Saya yakin dia tak curi wang, tak ambil balak, tak ambil tanah dan tak khianati amanah. Itu paling besar,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang hadir.

Dalam kongres yang dihadiri seramai 885 perwakilan itu turut sebulat suara menolak cadangan Angkatan Muda Keadilan bagi membenarkan pemimpin mereka di peringkat kebangsaan, negeri dan cabang terdiri daripada mereka yang berusia melebihi 35 tahun.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata usul itu wajar ditolak bagi memastikan parti itu tidak menjunjung konsep politik Umno yang disifatkannya mahu menongkat langit selama-lamanya.

Menjawab cadangan yang diusulkan oleh pembahas bahawa parti itu perlu lebih trampil dalam pelbagai segi, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail  berkata parti itu melalui pindaan perlembagaannya yang baru telah menetapkan pemimpin tertentu bagi mengepalai beberapa sektor kepimpinan dalam PKR.

“Majlis Pimpinan Parti (MPP) memberi setiap satu pemimpin kanan untuk mengepalai satu bidang dan pencapaian mereka akan disemak secara berkala dalam mesyuarat biro politik dan MPP.

“Saya bertanggungjawab soal organisasi dan MPP. Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bertanggungjawab soal latihan, Azmin soal pilihan raya.

“Ahli Parlimen Selayang soal kewangan dan Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bertanggungjawab dalam aset kepimpinan baru parti,” katanya mengulas cadangan pembahas kongres yang terlibat hari ini. – 24 November, 2013. – The Malaysian Insider
Read more ►

Senin, 30 Desember 2013

10 Tips Memberikan Asi Ekslusif

0 komentar
Yaiyalah.com -Hai ma, senang ya…. Jika si kecil yang dinanti telah lahir dengan sehat, lucu, dan menggemaskan. Sebagai  orang tua wajar jika mama dan papa selalu ingin memberikan yang terbaik terutama mama. Nah, yang dapat mama lakukan adalah memberikan  asi ekslusif (asi saja dan dilanjutkan dengan makan pendamping asi ketika bayi berusia 6 bulan). Umumnya,  asi ekslusif diberikan  sampai usianya 2 tahun. Berikut ini adalah tips yang dapat digunakan mama agar sukses memberikan asi ekslusif:

#bcfda5


[imagetag]

1. Libatkan papa dalam menyukseskan pemberian asi.Persiapan harus  dimulai sejak masa kehamilan .Papa dapat melindungi mama dan si kecil ketika ada pihak yang tidak mendukung pemberian asi.

2. Hindari rasa tidak percaya diri,khawatir,dan perasaan tidak nyaman lainnya karena akan mengakibatkan  turunnya produksi hormon oksitosin yang penting untuk produksi asi.  Dalam hal ini keterlibatan papa akan sangat bermanfaat untuk meningkatkan kepercayaan diri mama dan lingkungan.

3. Jaga keseimbangan kedua payudara anda susui dengan kedua payudara anda secara bergantian. Setiap kali memulai menyusui gunakan payudara yang terakhir digunakan.

4. Belajarlah memerah asi dengan tangan atau mulailah mencari pompa asi (breast pump) yang sesuai kebutuhan.

5. Mantapkan  tekhnik memerah asi dengan tangan, atau menggunakan pompa asi

6. Produksi asi ditentukan oleh kelenjar hormon prolaktin di kelenjar otak, sehingga yang penting adalah makan bervariasi untuk memastikan kebutuhan zat –zat gizi khususnya zat gizi mikro perbanyakan sayuran yang mengandung galactogue(laktagogum) zat yang dapat meningkatkan produksi asi –seperti daun katuk.

7. Istirahat yang cukup usahakan untuk rileks dan fokuskan diri mama untuk memantapkan kegiatan menyusui.

8. Seringlah melakukan kontak kulit dengan si kecil

9. Perah asi di sela-sela kegiatan menyusui

10. Begabunglah dengan dengan kelompok /organisasi pendukung ibu –ibu menyusui .



Read more ►

Piya tutup ruang ATM

0 komentar
DUA jaringan lewat perlawanan menerusi Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Badhri Radzi atau Piya memastikan juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan melangkah ke pentas final selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi agregat 4-3 pada aksi separuh akhir kedua, di Kota Bharu, malam tadi.

Nyata gelanggang keramat The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV mencetuskan masalah besar buat ATM yang terpaksa akur dengan kebangkitan tuan rumah pada lewat perlawanan untuk mengikat kedudukan 2-2. 

ATM tewas 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS). 

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Kelantan kini menanti pemenang antara Pahang dan Sarawak yang membuat perhitungan dalam satu lagi aksi separuh akhir, malam ini.

MOHD Badri Radzi (Piya) memberi kasut yang di pakai kepada peminat selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV. FOTO Fathil Asri

Penyerang import pelawat dari Saint Vincent and The Grenadines, Marlon Alex James jelas menjadi kunci utama kebangkitan peringkat awal The Gladiators apabila meledak dua jaringan pada babak pertama walaupun berpeluang melebarkan lagi jaringan dengan beberapa lagi peluang diperolehnya.


Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang namun ATM lebih menyerlah apabila mempamerkan aksi lebih disiplin terutamanya ketika Kelantan menyerang kubu mereka dan Dickson Nwakaeme jelas gagal memainkan peranannya dalam 45 minit pertama kerana dikawal rapi pertahanan lawan yang dikemudi Norfadzly Alias dan Mohd Shukor Adan. 

Situasi sebaliknya dialami James apabila dilihat bebas berkeliaran di kotak penalti tuan rumah terutamanya dengan kerapuhan gandingan Obinna Nwaneri dan Azizi Matt Rose yang gagal mengekang penyerang import itu membuka jaringan pada minit ke-17 dan 35. 

Bersambung babak kedua, Kelantan cuba mencari gol untuk menyamakan agregat dengan peluang terbaik hadir menerusi tandukan Nwakaeme hasil hantaran Piya, namun percubaan itu sekadar menggegar palang pada minit ke-65 sehinggalah perlawanan memasuki 10 minit terakhir dengan pemain gantian, Fakri memulakan kebangkitan Kelantan menerusi rembatan kencang untuk menggegar gawang Mohd Farizal Harun pada minit ke-81. 

Jaringan berkenaan nyata menghidupkan kembali suasana stadium yang dibanjiri kira-kira 20,000 penyokong dan Piya sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila merembat hantaran pemain pertahanan Zairul Fitrie Ishak untuk memastikan keputusan seri 2-2, di Kota Bharu bagi membolehkan mereka menang dengan agregat 4-3.
Read more ►

Minggu, 29 Desember 2013

Ketua Pemuda Pas Kami optimis kuasai Putrajaya

0 komentar
sinarharian
14 November 2012
logo muktamar
.
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan Tantawi
MUKADIMMAH

Nasrudin Hassan Tantawi yang mengetuai Dewan Pemuda Pas Pusat sejak empat tahun lalu berkongsi perjalanan dan kemajuan yang dicapai sayap pemuda itu bersama Sinar Harian Online.

Muktamar Pemuda Pas Pusat ke-53 akan dirasmikan malam ini. Di sebalik persidangan tahunan ini, sayap muda memikul  tanggungjawab dan cabaran besar khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan masyarakat umum pada keseluruhannya. Ikuti suara hati ketua golongan muda ini bersama Sinar Harian Online yang disampaikan menerusi e-mel.


SINAR HARIAN ONLINE: Dewan Pemuda sekali lagi mengadakan muktamar tahunan. Muktamar kedua selepas pemilihan 2011 dan keempat di bawah pimpinan Ustaz. Sejauh mana perkembangan/kemajuan dilalui Dewan Pemuda di bawah kepimpinan Ustaz?

NASRUDIN: Terlebih dahulu saya mewakili Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Sinar Harian Online kerana sudi menemu bual saya yang membawa suara orang muda.

Perkembangan dan kemajuan Dewan Pemuda Pas amat memberangsangkan dan cukup menarik terutama mutakhir ini sebelum menjelangnya PRU13. Saya telah menerajui kepimpinan DPPM hampir mencecah empat tahun, pelbagai usaha telah dilakukan bersama lakukan demi kepentingan Islam dan kemajuan ummah.
 
Antara perkara yang telah kami lakukan dalam tempoh tersebut :-
i- Menggerakkan pendaftaran dan menguasai sokongan pengundi muda
ii- Mengoptimum penggunaan media baru bagi mendominasi pemikiran rakyat
iii- Menampilkan Pas sebagai parti yang prihatin dan pembela nasib rakyat
iv- Membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara
v- Memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan memposisikan Pas sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat

Melalui sokongan padu seluruh jentera pemuda di semua peringkat samada pusat, negeri, kawasan dan cawangan, kami telah berjaya meletakkan tahap pencapaian tersebut di tahap yang memuaskan dan baik. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperkasakan dari semasa ke semasa.
 selengkapnyai 
Read more ►

1 7 Juta Pesalah Trafik Dikehendaki

0 komentar

KUALA LUMPUR – Jumlah pesalah trafik terus meningkat setiap tahun.

Lebih memburukkan keadaan ramai yang tidak membayar saman trafik yang mereka terima.

Pada 2008, polis trafik menjejaki 96,000 pemilik kenderaan yang tidak membayar saman mereka dalam Ops Warta VII.

Lima tahun selepas itu, angka berkenaan meningkat hingga 1.7 juta.

Tidak mampu menjejaki semua pesalah trafik pada satu-satu masa, polis mensasarkan untuk menahan 251,000 pemandu kereta yang tidak mengikut peraturan, pemandu kenderaan berat serta penunggang motosikal dalam fasa pertama Ops Cantas Trafik.

Notis juga telah dikeluarkan kepada pesalah trafik, memaklumkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka.

Pada masa yang sama, waran yang tamat tempoh juga akan diperbaharui.

“Kami sedang bekerja sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan alamat individu berkenaan bagi memastikan 251, 273 pesalah trafik ini menerima notis,” kata Pemangku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff.

Sekiranya anda mempunyai saman trafik tertunggak, beliau menasihatkan agar anda membayarnya walaupun anda tidak menerima sebarang notis atau waran tangkap.

“Anda boleh membayarnya atau mencabar saman tersebut di mahkamah sekiranya anda merasakan ia dikeluarkan secara tidak betul,” katanya kepada The Star.

Kesalahan trafik termasuklah tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau memotong barisan.

Pada fasa pertama pemeriksaan mengejut diadakan, seramai 77 pemandu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik sementara 15 individu lagi ditahan kerana terlibat dengan kegiatan jenayah seperti rasuah, membawa barang atau kenderaan curi atau menyeludup mahupun mengedar dadah, kata Mohd Fuad.

Daripada 13 Oktober hingga 18 November, polis telah memeriksa 112, 382 orang dan 124, 557 kenderaan termasuk 39, 046 motosikal dan 62, 921 kereta.

Mohd Fuad turut menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak termasuk dalam operasi berkenaan.

Dalam fasa kedua, bermula minggu hadapan, sekatan jalan raya akan dilakukan di seluruh negara untuk menahan pemandu yang melanggar undanh-undang, katanya.

Sekiranya ditahan dalam sekatan jalan raya, pemandu berkenaan akan di bawa ke balai polis, sekiranya dia enggan membayar saman tersebut dia akan dibebaskan dengan jaminan polis serta seorang penjamin.

Pihak polis akan memohon tarikh baru daripada mahkamah bagi individu yang igin mencabar atau merayu hukuman denda yang lebih rendah.

Mohd Fuad berkata sekatan jalan raya yang dilakukan turut digunakan untuk menangkap penjenayah.

“Anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayahj Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta Bahagian Jenayah Berat akan turut serta dalam beberapa sekatan jalan raya bersama dengan pasukan polis trafik,” katanya.

Sementara itu, pegawai polis Bukit Aman yang bertanggungjawab dalam pengeluaran waran tangkap dan pengeluaran saman, Timbalan Supritendan S. Markandan berkata pemandu boleh menyemak saman tertunggak mereka di laman web, www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

“Anda juga boleh menyemaknya di mana-mana kaunter polis trafik, pejabat pos, mesin ATM Maybank, beberapa pusat beli belah terpilih dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Dengan notis diserahkan terdapat pelbagai cara untuk menyemak saman, anda tidak boleh kata tidak tahu mengenainya.”

Ketua Penguatkuasa Polis Trafik Bukit Aman, Supritendan Bon Jeen Ahrom menggesa pemandu yang ditahan dalam sekatan jalan raya agar bersabar dan memberi kerjasama dengan pihak polis. – mStar Online
Read more ►

Sabtu, 28 Desember 2013

Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka

0 komentar

Bila sebut sahaja apa yang lelaki inginkan dari pasangan mereka mungkin para gadis akan cepat berkata lelaki hanya inginkan hubungan seks, harta dan mempermainkan mereka sahaja. Tetapi tidak semua lelaki sebegitu. Lelaki yang menjalinkan hubungan mereka dengan gadis pilihan mereka sentiasa tercari-cari sipakah yang betul-betul boleh memahaminya.
Sebenarnya tidaklah sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kali ini DuniaMaskulin akan terangkan apakah yang lelaki inginkan dari pasangan mereka. Mungkin artikel ini boleh dijadikan rujukan buat pasangan anda.

1. Kejujuran

Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang pasangan mereka zahirkan.
Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah si gadis yang diangkat sang jejaka. Oleh itu si gadis perlu sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati si jejaka. Baik jujur daripada daripada sakit hati bukan di kelak hari bukan?

2. Hubungan Bebas Manipulasi

Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan.
Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang yang diberikan atau ditunjukkan.

3. Berdikari

Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki.
Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan gadis tersebut jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang

Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi.
Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

5. Komitmen & Kesetiaan

Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain.
Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji, lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya.
Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya. – NOTAHATI
Read more ►
 

Copyright © spent my time Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger